Emir Abdelkader
Emir Abdelkader

Emir Abdelkader

Amir Abdelkader ibn Muhieddine (6 September 1808 - 26 Mei 1883; Bahasa Arab: عبد القادر ابن محيي الدين, translit. ʿAbdu al-Qādir ibn Muḥyi id-dīn) atau juga dikenali sebagai Abdelkader El Hassani El Djazairi adalah seorang cendekiawan, ahli sufi dan panglima tentera Algeria yang memimpin perjuangan menentang penaklukan kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-19. Beliau berjaya menyatukan suku-sakat tanahnya bertahun-tahun berjaya memerangi kuasa Perancis yang pada ketika itu salah satu tentera paling maju di Eropah.[2] Beliau menawan perhatian sedunia kerana tindakan kemanusiaannya membantu masyarakat Kristian Damsyik yang terjejas akibat rusuhan oleh kaum Duruzi tahun 1860.Di Algeria, usahanya untuk menyatukan negara itu melawan penjajah Perancis disanjung dengan perbandingan seakan Jugurtha, raja Numidia yang terkenal, kemampuannya untuk menggabungkan kuasa agama dan politik telah menyebabkan dia diakui sebagai "Wali segala Putera, Putera segala Wali".[3] Beliau turut mendapat akuan orang Eropah yang kagum[4][5] dengan keperibadian dan sifat murah hati serta simpati kepada tawanan perang.[6]

Emir Abdelkader

Pangkat Amir
Nama lahir Abdelkader ibn Muhieddine al-Hasani-
Anugerah Légion d'honneur (Grand-Croix)
Darjah Pius IX
Pangkat Pertama Darjahe Medjidie
Order of the Redeemer (Grand Cross)
Pertempuran Pertempuran Macta
Pertempuran Sig
Pertempuran Sidi-Brahim
Pertempuran Oued Aslaf
Pertempuran Agueddin
Meninggal dunia 26 Mei 1883(1883-05-26) (umur 74)
Damsyik, Syria Uthmaniyah[1]
Kelahiran (1808-09-06)6 September 1808
Guetna, Algeria Uthmaniyah
Disemadikan El Alia
Nama asal عبد القادر ابن محيي الدين